Rabu, 1 Mei 2013

[Video] Cik Beah Osem - PRU 13


P/S: Ada sedikit ralat pada nombor ayat Al-Quran yang dinyatakan di dalam video. Bukan Surah Hud ayat 16, tetapi ayat 61. Harap maklum dan mohon maaf! ;)

Sabtu, 9 Februari 2013

[Video] Cik Beah Osem - Jeans (dengan kerjasama Angel Pakai Gucci)


Bismillah. Assalamu'alaikum wbt. 

Buat kali pertama, CBO Studio mempersembahkan video yang bertemakan ikhwah/muslimin hasil kerjasama dengan blogger Inche Gabbana (blogger Angel Pakai Gucci) berdasarkan tulisan beliau yang bertajuk 'Ikhwah Pakai Jeans'. Diharapkan semoga semua yang menonton akan terhibur dan mendapat manfaatnya, InsyaAllah! 

Bagi yang menyokong dan 'share', jazakumullahu khair diucapkan kepada anda. 

Semoga Allah redha dengan usaha kecil yang tidak seberapa ini! ;D

Selasa, 1 Januari 2013

Facebook VS Allah

Klik pada imej untuk paparan yang lebih besar! ;)
Cara download: Right click and 'save as'.

Sabtu, 29 Disember 2012

Pemberitahuan Tentang Akaun FB

Bismillah. Assalamua'alaikum wbt.

Atas makluman sahabat saya Nor Abdullah, saya mendapat tahu wujudnya personal profile Facebook yang menggunakan profile/alternate name 'Cik Beah Osem' seperti di bawah ini. 


 Di sini saya hendak mengingatkan beberapa perkara bahawa:

1) Saya tidak menggunakan nama 'Cik Beah Osem' di mana-mana akaun Facebook saya (personal atau untuk CBO Studio).

2) Saya tidak pernah meletakkan gambar diri saya di dalam mana-mana akaun Facebook yang saya ada. Jadi mana-mana gambar perempuan di Facebook yang menggunakan nama 'Cik Beah Osem' bukanlah diri saya yang sebenar.

Diharapkan mana-mana pihak yang menggunakan nama tersebut tidak mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi ataupun untuk tujuan penipuan sehingga boleh merosakkan nama 'Cik Beah Osem'.


Laman Facebook rasmi bagi 'Cik Beah Osem' adalah yang beralamat di http://facebook.com/cikbeahosem (sebelum ini saya menggunakan username kronika.beah.a dan sekarang telah menukarkannya kepada cikbeahosem) dengan page name 'Beah A'.

Sekian, harap maklum. Wassalam.

Ahad, 19 Ogos 2012

Selamat Tinggal Ramadhan!

*Pembetulan URL Facebook: facebook.com/cikbeahosem


Bismillah. Assalamu'alaikum wbt.

Sekali lagi, Ramadhan pergi dari kita. Diharapkan agar semua amalan kita sepanjang Ramadhan yang lalu akan diterima oleh Allah SWT. Semoga kita juga akan istiqomah di dalam mentaatiNya walaupun Ramadhan telah berlalu pergi. InsyaAllah.

Di kesempatan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf daripada para sahabat semua andai pernah tersilap kata mahupun terkasar bahasa. Juga, selamat menyambut hari raya di dalam penuh berkah dan redha Ilahi.

Moga cintaNya, akan kita raih! :)